Manfaatkan Tempoh PKP Dengan #QuranTime


shadow

KUALA LUMPUR – TV Alhijrah menyiarkan rancangan baharu berkonsep gaya hidup Islam iaitu nikmat berduaan dengan Al-Quran dalam hastag (#) QuranTime, bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Warisan Ummah Ikhlas.

Menurut kenyataan dari Unit Komunikasi Korporat TV AlHijrah, rancangan #QuranTime bertujuan sebagai penenang jiwa yang mampu menenangkan, mendidik dan memberi kekuatan dalaman kepada seluruh umat Islam di Malaysia dalam menghadapi ujian Allah yang sangat besar ini.

“Ia memberi nikmat berdua-duaan dengan kitab suci Al-Quran yang bukan selalu dapat dinikmati oleh semua umat Islam.

“Paling penting, #QuranTime dilihat mampu dijadikan platform terbaik untuk menyatukan hati penonton dalam membina tabiat baru dalam meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Rancangan #QuranTime menggunakan tagline MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah, disiarkan secara langsung setiap hari Isnin hingga Ahad pada pukul 12 tengahari hingga 1 petang, dihoskan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Tuan Fazrul Ismail dan akan ditemani tetamu jemputan dari pelbagai latarbelakang seperti para ilmuan agama, ahli akademik dan huffaz.

#QuranTime adalah cetusan kempen #MusaadahCovid19 yang dilhamkan sendiri oleh Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Tinggalkan komen anda