OPS sepanjang PKP yang dijalankan oleh PH dan PN


shadow

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak fasa pertama hingga memasuki fasa keempat, rakyat mendapati banyak perbezaan OPS yang telah dan sedang dijalankan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Pakatan Nasional (PN).

Hasil tinjauan rakyat terhadap PH dan PN adalah seperti berikut:

Dalam OPS BANTUKILAT1, PH memberi tumpuan penuh kepada pengedaran bantuan segera keperluan harian rakyat.

Manakala OPS BANTUKILAT2 pula, PH berikan bekalan penutup muka dan sebahagian pakaian perlindungan diri (PPE) kepada anggota barisan depan; Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi kerajaan lain yang terlibat bersama.

Sementara, PN lebih tertumpu kepada OPS REBUT iaitu perebutan jawatan dan kuasa sesama sendiri.

Malah, PN banyak memberi fokus kepada mencari publisiti murahan tapi tertampar muka sendiri yang dikenali sebagai OPS MAKANTUAN.

Selain itu, PN juga ada OPS UJIKEBAL yang mempamerkan kekebalan dari tindakan undang-undang

Oleh hal demikian, kita sebagai rakyat boleh melihat bahawa perjuangan PH dan PN mempunyai prinsip yang sangat berbeza ibarat langit dan bumi.

Tinggalkan komen anda