Perintah Kawalan Pergerakan kekang kenaikan jangkitan Covid-19, kata Noor Hisham


shadow

PERINTAH Kawalan Pergerakan dapat menghalang kenaikan dalam kes jangkitan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan jumlah jangkitan akan naik mendadak sehingga semalam.

“Kita sudah membandingkan trajektori (jumlah kes yang tinggi) berbanding jumlah Kementerian Kesihatan sehingga 31 Mac.

“Laporan memperlihatkan kenaikan tinggi dalam kes tetapi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menunjukkan berlaku penurunan kes.

“Kita dapat lihat berdasarkan statistik ada tanda kejayaan selepas pelaksanaan PKP,” katanya pada sidang akhbar harian di Kementerian Kesihatan hari ini.

Tinggalkan komen anda