Perlantikan Pengerusi Bank Rakyat Ada Unsur Politik?


shadow

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa pada 3 April 2020, Jumaat lalu.

Menurut Bernama, tempohnya tamat pada hari tersebut dan pengumuman pelantikan Pengerusi Bank Rakyat yang baharu akan dimaklumkan sebaik saja segala proses pelantikannya dimuktamadkan.

Bagaimanapun, ia bertentangan dengan laporan oleh Berita Nasional yang menyatakan bahawa tempoh penamatan Noripah sepatutnya berakhir pada bulan Disember 2019.

Justeru, terdapat tiga persoalan yang dibangkitkan berkaitan masa dan cara yang penamatan beliau dilakukan.

Pertama, apakah alasan untuk menamatkan tempoh perkhidmatan?

Noripah dilantik pada 11 Disember 2018. Ketika itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof yang kini menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Di bawah pentadbiran Noripah, Bank Rakyat telah mencatat prestasi kukuh dengan keuntungan bersih sebanyak RM1.15 bilion untuk tahun berakhir 31 Dis, 2019 dan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.79 bilion.

Menurut siaran akhbar Bank Rakyat pada 28 Mac, prestasi positif dicapai melalui pendapatan bersih tahun lalu sebanyak 3.26% berikutan pertumbuhan pendapatan operasi teras dan kos pendanaan tahun ke tahun yang lebih rendah sebanyak 1.62% berikutan pemotongan dalam Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) pada separuh kedua tahun 2019.

Selanjutnya, jumlah aset Bank Rakyat meningkat 2.6% iaitu RM109.62 bilion pada 2019, dengan pertumbuhan tahun ke tahun terutamanya disumbangkan oleh pembiayaan dan pendahuluan sebanyak 2.8% kepada RM70.97 bil. Pulangan aset sepanjang tahun kekal stabil pada 1.7%, lebih tinggi daripada industri perbankan domestik sebanyak 1.6%.

Namun, buat masa ini, kedua-dua bank dan kementerian yang kini di bawah pengurusan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar masih mendiamkan diri.

Kedua,adakah penggantinya adalah orang yang terlibat dengan politik?

Sumber mengatakan bahawa penyingkiran Noripah berkait dengan politik kerana terdapat perubahan dalam kerajaan baru-baru ini. Perikatan Nasional (PN) yang kini mentadbir kerajaan dan bertanggungjawab di Putrajaya.

Ia agak pelik apabila menteri yang melantiknya masih dalam kerajaan walaupun dengan portfolio yang berbeza atau memegang jawatan lain.

Sesetengah pihak mengatakan bahawa PN meletak pemangkunya di atas faktor kepentingan sendiri iaitu parti komponen terutama Umno dan Bersatu.

Umumnya, perlu diingatkan bahawa Noripah bukan ahli parti politik dan kerjayanya sememangnya membabitkan bank.

Sebelum itu, beliau pernah menjadi ketua eksekutif CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn. Bhd. dan juga CIMB-Principal Asset Management Sdn Bhd.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah BIMB Investment Management Bhd dan Top Glove Corp Bhd.

Selain itu, beliau turut pernah memegang jawatan pengerusi Majlis Perindustrian Kewangan Islam, Dewan Perniagaan Malaysia-US yang berpangkalan di Washington DC serta bekas Presiden Malaysian Futures Brokers Association (MFBA).

Ketiga, bagaimana pula dengan tadbir urus korporat?

Terdahulu, perlu diingat bahawa Bank Rakyat telah menjadi subjek kontroversi. Noripah mengambil alih daripada Tan Sri Shukry Mohd Salleh yang telah dikeluarkan pada 26 Nov, 2018 disebabkan penglibatannya dalam laporan audit asal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Malah pada tahun 2016, dakwaan rasuah berlaku melibatkan pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan pengarah urusan Datuk Mustafha Abd Razak.

Mustafha didakwa melakukan pecah amanah dalam perbelanjaan pemasaran bank yang melibatkan kira-kira RM15 juta sementara Abdul Aziz mengaku bersalah.

Kes itu dibawa ke mahkamah pada bulan Jun tahun lepas, kedua-duanya telah dibebaskan selepas penarikan balik pertuduhan terhadap mereka oleh pihak pendakwa.

Pemecatan ini akan menimbulkan persoalan mengenai tadbir urus korporat terutama berkaitan dengan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI)

Tinggalkan komen anda