Permaisuri Agong berkenan sumbang 150 katil lipat kepada hospital


shadow

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan katil lipat kepada Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Raja Permaisuri Agong telah berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sg. Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.

“Kementerian Kesihatan Malaysia menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan tersebut.

“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” katanya menerusi laman rasmi Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, menerusi Instagram airtangan_tunkuazizah turut berkongsi perkara itu, Baginda berharap semoga doktor-doktor dan semua kakitangan kesihatan dalam keadaan selamat dan selesa.

Tinggalkan komen anda