Rakyat Malaysia di Singapura guna permit entri untuk pulang


shadow

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia di Singapura perlu membuat permohonan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana melalui e-mel, [email protected], kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, selepas permohonan dibuat, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan keluarkan permit entri untuk masuk ke Malaysia di bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

“Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh kepulangan mereka. Setakat ini, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah terima 900 permohonan dari rakyat Malaysia di republik itu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Rakyat Malaysia masih dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun Pemutus Litar (Circuit Breaker) dikuatkuasakan di negara repubik itu sehingga 1 Jun ini.

Tambahnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor dan Jabatan Imigresen Malaysia telah membuat keputusan untuk menerima sekurang-kurangnya 400 rakyat Malaysia sehari.

Setiap rakyat Malaysia yang pulang perlu menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin selama 14 hari.

Tinggalkan komen anda