“Sampai Bila Mahu Salahguna Kuasa, Tipu, Curi Duit Rakyat?”


shadow

ADAKAH semua keinginan dan matlamat parti politik sama? HANYA mahukan pangkat, kemegahan dan harta benda. Dalam masa yang sama, sanggup menikam rakyat yang memberi kepercayaan dengan mengundi pemimpin-pemimpin tersebut.

Apabila disangkakan baik rupanya mereka ini mempunyai niat yang kotor dan jijik dengan melakukan penganiayaan kerana dendam dan ketidakpuasanhati. Malah, majoriti pemimpin tidak kira politik lama ke baru tetap akan terjadi iaitu mementingkan kroni mereka terlebih dahulu daripada rakyat serta ‘menyonglap’ atau seluk poket rakyat melalui harga projek-projek yang digandakan, rasuah, tuntutan (claim) yang ditambah-tambahkan dan pelbagai cara lagi.

Sebagai contoh, harga bina sebuah sekolah berharga RM100 juta namun dinaikkan hingga RM200 juta, bukan itu satu penipuan dan kerugian kepada rakyat, duit tambahan tersebut boleh digunakan untuk membina kemudahan rakyat.

Mungkin bagi pihak berkenaan merasai RM100 juta itu, nilainya sedikit tapi bagi orang biasa, ia satu jumlah yang besar, bukannya kita bermain dengan harga RM10, RM50 atau RM100 tapi jutaan dan bilion ringgit Malaysia dikeluarkan tanpa memikirkan rakyat.

Sampai bilakah pemimpin mahu menyalahgunakan kuasa, berterusan menipu duit rakyat. Ramai lagi rakyat perlukan bantuan dan pekerjaan, bukankah duit tersebut boleh membantu menaiktaraf kehidupan rakyat bukannya untuk keluarga, saudara-mara dan kroni anda.

Bahkan, isu kaum dan agama turut dipertaruhkan untuk meraih sokongan. kita pun menyokong orang sama dan memainkan isu yang sama ini untuk menaikkan mereka. Tolonglah berubah agar suatu masa kita dapat pemimpin paling telus, ikhlas dan berkorban demi rakyat dan negara.

Akibat perbuatan mereka, terima segala kesan adalah rakyat sendiri. Mana perginya keperimanusiaan, kesucian dan pengorbanan pemimpin sekarang. Jaga kepentingan rakyat dahulu bukan diri sendiri.

Bangunkan negara dan rakyat tanpa memilih ‘bulu’, pemimpin yang teringin jadi kaya raya, sila berhenti dan jadi ahli perniagaan.

Tinggalkan komen anda