Enam Maut Selepas Pesawat Bawa Alat Perubatan COVID-19 Terhempas


shadow

Sebuah pesawat yang membawa bekalan bantuan perubatan COVID-19 terhempas di Somalia pada Isnin.

Menurut laporan berita tempatan, pesawat yang dikendalikan East African Express Airways itu terhempas di bandar Bardale.

Kejadian menyebabkan kesemua enam penumpang dan kru meninggal dunia, kata Menteri Pengangkutan Somalia Mohamed Salad kepada Reuters.

Pesawat yang membawa warga Kenya dan Somalia itu dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar peralatan perubatan ke bandar.

Enam yang maut ialah juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, juruterbang pelatih, serta dua orang yang bekerja untuk syarikat penerbangan.

“Lima mayat berjaya ditemui setakat ini,” kata Mohamed Salad.

Kerajaan Somalia menghantar pasukan untuk menyiasat dan akan tiba pada Selasa selain menyambut baik mana-mana bantuan antarabangsa.

Tinggalkan komen anda