“Kita buat kebaikan tak siapa ingat, kita buat 1 silap tak siapa lupa.” -DG Hisham


shadow

Hari ini merupakan hari kedua Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat yang mempunyai lebih banyak kelonggaran. Hal itu susulan daripada peratus penurunan positif pendemik Covid-19 yang semakin ketara di Malaysia.

Setakat ini, sudah ramai yang disahkan sembuh dan discaj daripada wad kuarantin. Jadi, wad-wad isolusi banyak yang sudah ditutup.

Penghargaan buat unsung heroes

Susulan daripada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menzahirkan ucapan terima kasih buat barisan petugas hadapan yang bertungkus-lumus dalam mengawal pendemik ini.

Dalam satu muat naiknya di Twitter, beliau telah memberi pesanan kepada para frontliner berkenaan tanggungjawab mereka ketika berbakti kepada masyarakat.Noor Hisham Abdullah@DGHisham

To all our frontline workers sometimes when you do something right, no one remembers, do something wrong, no one forgets. More importantly you get most things in life not by taking but by GIVING. InshaAllah…

View image on Twitter

35.7K6:11 AM – May 5, 2020Twitter Ads info and privacy21.1K people are talking about this

Pesanan buat frontliner

Pesanan tersebut adalah sebagai pemangkin kepada barisan hadapan kita yang masih berjuang walaupun pendemik sudah boleh dikawal.

Beliau mengingatkan kepada semua frontliner bahawa setiap kebaikan yang mereka pernah lakukan suatu saat nanti akan dilupakan, namun jika mereka melakukan kesilapan, pastinya orang ramai akan kekal mengingati hal tersebut.

Apa yang diberi adalah lebih penting

Dalam pada itu juga, beliau turut menegaskan bahawa apa yang diperoleh bukanlah kepentingan, tetapi apa yang mampu barisan hadapan berikan kepada masyarakat adalah lebih utama.

Anda semua sudah lakukan yang terbaik!

Susulan daripada kata-kata penghargaan dan pesanan nasihat kepada para barisan hadapan, posting Dr Noor Hisham telah mendapat perhatian warganet.

Rata-rata daripada mereka telah meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan yang masih  berjuang melawan Covid-19 ini.

Terima kasih wira2 kami

Kami tak akan lupa jasa kalian!

Sumber : Noor Hisham Abdullah

Tinggalkan komen anda