Suarakan tanda tanya SOP kenamaan, netizen ‘salute’ soalan berani wartawan


shadow

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat serta beberapa SOP yang ditetapkan semasa berhari raya tempoh hari, pelbagai cerita-cerita disebalik hari raya norma baru ini dapat dilihat.

Umum sedia maklum bahawa pihak berkuasa akan mengenakan kompaun kepada mereka yang didapati terlepas pulang ke kampung serta perkumpulan sanak-saudara lebih daripada 20 orang semasa hari raya.

Adakah SOP ini tertakluk pada rakyat marhaen sahaja?

Disebabkan hal tersebut, seorang wartawan yang berada di sidang media Menteri Keselamatan pada hari raya-4 telah mengajukan soalan agak berani buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung SOP di hari raya.

Dalam pertanyaan itu, dia menanyakan sama ada SOP yang dianjurkan hanya tertakluk kepada rakyat marhaen sahaja atau kepada semua golongan kerana terdapat dalam kalangan kenamaan yang tidak mengikut SOP semasa berhari raya.Zax Zefron | แซค@ZaxZefron

Wow sis.. berani ye soalan tu haha..

Embedded video

36.5K4:21 PM – May 27, 2020Twitter Ads info and privacy29.8K people are talking about this

Saya jawab sejujur-jujurnya

Muat naik yang tular di Twitter itu telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet yang kebanyakkan mahu mengetahui jawapan daripada pihak menteri berhubung soalan tersebut.

Oleh hal yang demikikan, Datuk Seri Ismail Sabri telah menjawab dengan ‘sejujur-jujurnya’ berkenaan dakwaan tersebut yang juga sempat dirakam dan dimuat naik ke Twitter.Zax Zefron | แซค@ZaxZefron · May 27, 2020

Wow sis.. berani ye soalan tu haha..

Embedded video

Zax Zefron | แซค@ZaxZefron

https://twitter.com/don9ahmad/status/1265622000866750464?s=21 … kepada yg brtanya jawapan menteri tu.. ini dia..HRH Crown Prince of Georgetown@Don9AhmadJawapan. https://twitter.com/ZaxZefron/status/1265558760975740928 …7948:34 PM – May 27, 2020Twitter Ads info and privacy392 people are talking about this

Soalan macam ni perlu jadi kebiasaan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pebagai maklum balas mengenai pertanyaan yang diajukan itu.

Sebahagian daripada mereka mengakui bahawa wartawan tersebut begitu telus dan komited dalam memberikan soalan bagi menyuarakan segala tanda tanya daripada para rakyat berhubung SOP golongan kenamaan semasa berhari raya.

Wartawan suarakan kemusykilan rakyat

Berani punya soalan

Tonton video sidang media disini:

Sumber : Zax Zefron, Jabatan Penerangan Negara

Tinggalkan komen anda