4 individu dikehendaki SPRM bantu siasatan 3 kes rasuah


shadow

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rasuah.

SPRM dalam kenyataan semalam memberitahu bahawa empat lelaki itu ialah Sabana Maraleh, Md Jaharul Islam, Allan Ngok Heng Loon dan Ng Peng Chai.

“Sabana, 43, merupakan rakyat tempatan yang beralamat terakhir di Kampung Sisipan, Peti Surat 580, 91308 Semporna, Sabah dan Rumah Kediaman Kampung Taman Hatib, Lot 21, Peti Surat 254, 91308 Semporna Sabah. Dia dicari oleh Bahagian Operasi Khas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau e-mel ke alamat [email protected],” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, SPRM Johor dalam kenyataan sama memaklumkan sedang mengesan seorang lelaki Bangladesh, Md Jaharul, 32, yang beralamat terakhir di rumah kongsi berdepan Kemayan City Jalan Besar, Skudai Johor Bahru, Johor.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Rawiah Kunji Mohamad di talian 012-750 2658 / 07-231 6067 ataupun e-mel kepada [email protected],” demikian menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPRM Perak pula memaklumkan sedang mencari baki dua lagi lelaki iaitu Ngok yang berumur 38 tahun dan Peng, 51.

“Ngok mempunyai alamat terakhir di No 87, Taman Singa Baru, 32000 Sitiawan, Perak manakala Peng di No 539, Kampung Baru, Kampung Timah, 31800 Tanjong Tualang, Perak,” kata SPRM.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua lelaki terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohd Dhiyauddin Nor Azminuddin di talian 016-2382390 / 05-5267000 sambungan 131 ataupun e-mel kepada [email protected]

– Bernama

Tinggalkan komen anda