Keputusan lucut hak wang Jakel berkaitan 1MDB diumum pada 9 Jun


shadow

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan mengenai permohonan kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah RM628,314 yang didakwa berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disita daripada Jakel Trading Sdn Bhd.

Keputusan itu sepatutnya diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada 4 Jun tetapi dijadualkan semula pada 9 Jun, 9 pagi.

Peguam Jakel Trading Thevini Nayagam memberitahu Bernama demikian, ketika dihubungi hari ini.

Pada Jun tahun lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman pelucutan hak terhadap 41 entiti yang terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.

SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan secara tidak sah daripada akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak. – Bernama

Tinggalkan komen anda