Kerajaan negeri perlu akur PKPP apabila diwartakan


shadow

Kerajaan negeri perlu akur dan mengikut peraturan ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila ia diwartakan nanti.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini berikutan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) hanya ada pada peringkat Persekutuan, kecuali Sarawak.

“Peraturan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan terbatal apabila PKPP diwartakan. Maka, peraturan lama akan terbatal dengan sendirinya kerana ada peraturan baharu.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Akta 342 hanya ada pada peringkat Persekutuan, kecuali Sarawak tetapi negeri lain tiada.

“Oleh itu, rujukan untuk negeri lain hanya satu, iaitu Akta 342,” katanya pada sidang media harian PKPB, di sini, hari ini.

Tinggalkan komen anda