Majlis keagamaan dan sosial dibenarkan mulai 1 Julai, kata Ismail Sabri


shadow

PERHIMPUNAN sosial dan keagamaan akan dibenarkan berkuatkuasa 1 Julai tetapi terhad kepada 250 orang, kata Ismail Sabri Yaakob.

Ini termasuk majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan juga acara kegamaan, kata pada sesi taklimat media hari ini.

Beliau berkata acara perlu diadakan di antara tiga hingga lima jam dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Hari ini kami memutuskan untuk membenarkan majlis perkahwinan, acara kegamaan, ulang tahun dan perjumpaan tetapi setiap acara mesti diadakan antara tiga hingga lima jam.

“Hanya 250 individu dibenarkan bergantung pada ukuran tempat pada satu masa,” katanya. 

Bercakap lebih lanjut Ismail Sabri berkata makanan mesti disajikan oleh katering atau pelayan mereka.

“Pemeriksaan suhu dan saringan kesihatan perlu dibuat. Mereka yang demam atau selsema tidak boleh menghadiri acara ini.

“Penganjur juga mesti mengambil rekod setiap tetamu tetapi menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya.

Penganjuran majlis sosial ditangguhkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19

Tinggalkan komen anda