Presiden Kyrgyzstan terima peletakan jawatan PM


shadow

PRESIDEN Kyrgyzstan Sooronbay Jeenbekov menandatangani dekri yang menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Mukhammedkalyi Abylgaziev.

Selaras dengan itu anggota barisan Kabinet juga dianggap sudah melepaskan jawatan, lapor agensi berita Kabar.

Bagaimanapun, semua anggota Kabinet akan terus menjalankan tugas sehingga pelantikan baharu dibuat.

  • Bernama

Tinggalkan komen anda