PRK Chini: Tak lepas saringan suhu masih boleh mengundi


shadow

Pengundi bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan tetap dibenarkan mengundi dalam pilihan raya kecil Chini, Pahang pada 4 Julai depan.

Bagaimanapun, kata pengerusinya Azhar Azizan Harun, proses itu akan dilakukan di khemah khas dengan dipantau oleh pegwai kesihatan.

“Pengundi berkenaan akan diruuskan oleh pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut,” katanya.

Pengundi yang positif Covid-19 dan berstatus perintah pengawasan dan pemerhatian dan sedang dalam rawatan pula, kaedah pengundian akan diumumkan kemudian.

Dalam kenyataan hari ini, Azhar berkata SPR akan sentiasa mengemas kini prosedur operasi piawai (SOP) selaras dengan arahan bawah Akta Pencegahan dan Pengawasan Penyakit Berhangjit 1988.

Setakat ini hanya Umno menyatakan kesediaan mempertahankan kerusi itu manakala PH pula tidak akan meletakkan calon.

Tinggalkan komen anda