Pupuk Minat Usahawan Dikalangan Pelajar Menerusi Program 90 Days Biz Challenge


shadow

Dalam usaha untuk memupuk semangat keusahawanan dikalangan pelajar, SME Bank mencetuskan initiatif di kalangan Komuniti
Pelajar Kolej dan Politeknik.

Menerusi program 90 Days Biz Challenge, ia berjaya menarik minat sejumlah 192 penyertaan yang melibatkan 768 Kolej Komuniti dan pelajar Politeknik.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata seperti yang digalakkan dalam Islam, keusahawanan membawa pengamalnya supaya lebih peka kepada peranan mereka untuk memakmurkan dunia dengan cara yang halal dan diredai.

Bersesuaian dengan apa yang dituntut dalam Islam, 90 Days Biz Challenge dicetuskan dengan objektif untuk melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan berminat dalam bidang keusahawanan.

Selain itu, SME Bank juga berharap dapat mempromosikan bidang keusahawanan sebagai “Kerjaya Pilihan” dikalangan pelajar.

Malah dalam masa yang sama, program berkenaan juga mampu melatih serta melahirkan pelajar yang bakal menjadi pemimpin perniagaan bertaraf dunia.

“Dengan jumlah anggota 1,324, ahli Alumni bukan sahaja dapat memperoleh akses untuk maklumat mengenai pembiayaan, tetapi juga diundang untuk mengambil bahagian dalam program keusahawanan, pameran perdagangan dan perniagaan yang dianjurkan oleh SME Bank, kementerian dan agensinya.

“Antara inovasi yang diperkenalkan dalam edisi 90 Days Biz Challenge termasuklah memperkenalkan Teknologi Digital Edisi 2019 menyaksikan cetusan beberapa inovasi baru yang membantu memperluas penggunaan multimedia dan teknologi digital di kalangan pelajar yang mengambil bahagian.

“Jadi menerusi program ini, peserta digalakkan untuk meneroka dan menggunakan teknik penghasilan multimedia yang kreatif. Untuk menghasilkan video promo aktiviti perniagaan mereka, dan mempostingnya di media sosial.

“Dalam masa yang sama, mereka akan belajar untuk memanfaatkan Media Sosial,” katanya lagi.

Tinggalkan komen anda