Macau nafi Jho Low sembunyi di wilayahnya


shadow

MACAU menolak dakwaan polis Malaysia bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho berada di wilayah itu. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Kuala Lumpur pada tahun 2018.

Setiausaha Keselamatan Wong Sio Chak mengatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh portal Macau News bahawa polis tempatan “dengan jelas” memberitahu pihak berkuasa Malaysia melalui Pejabat Pusat Nasional Interpol China pada tahun 2018 bahawa Low tidak berada di Macau.

Low diburu pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MBD) mengaitkan bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak menghadapi 35 baki pertuduhan setelah tujuh pertuduhan disabitkan pada Selasa.

Kenyataan itu juga berkata bahawa polis Malaysia melanggar amalan kerjasama polis antarabangsa “unilaterak” apabila mendedahkan maklumat “yang tidak benar” kerana mendakwa Low berada di Macau. 

Kenyataan itu juga berkata bahawa polis Malaysia tidak menghubungi polis negara itu sejak 2018.

Pihak berkuasa China pada hari Rabu menafikan mereka menyembunyikan Low Taek Jho, seorang buruan yang dikehendaki di Malaysia kerana didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB, lapor Reuters. 

Mereka menolak dakwaan polis Malaysia bahawa buruan kelahiran Pulau Pinang telah menemui wilayah selamat di Macau kerana pihak berkuasa China “kelihatan tidak telus” berhubung kerjasama dengan permohonan ekstradisi usahawan itu.

Ketua Polis Negara Malaysia Abdul Hamid Bador berkata awal minggu ini bahawa Low berada di hab kasino separa autonomi di Macau. “Dia ada di sana dengan semua wang kotor,” kata Hamid kepada AFP dalam sebuah pesanan teks.

Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur menolak tuduhan ketua polis itu sebagai dan menyifatkannya sebagai “tidak berasas dan tidak dapat diterima”, di samping turut berkata polis di China telah menyiasat semua kemungkinan namun masih tidak dapat mengesan Low.

“Pendirian kerajaan China dalam memerangi jenayah adalah konsisten dan jelas,” katanya dalam satu kenyataan. “China tidak akan pernah melindungi penjenayah asing,” kata kenyataan itu lagi. 

Tinggalkan komen anda