Pesakit COVID-19 terakhir di MAEPS dibenarkan discaj


shadow

 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) menamatkan operasinya selepas pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini.

Penutupan pusat khusus bagi merawat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang positif COVID-19 selepas 108 hari beroperasi dikongsikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di akuan Facebook rasminya.

“Operasi pusat ini bermula 25 Maclalu dengan menerima tiga pesakit dari Hospital Kuala Lumpur. Seterusnya, 6 Jun lalu pula, pusat ini menerima seramai 687 pesakit yang ditempatkan di sini. (bilangan tertinggi yang dicatatkan sepanjang operasi pusat ini).

“Manakala, hari ini adalah detik bersejarah penutupan operasi pusat ini selepas seorang pesakit terakhir discaj dan dibenarkan pulang,” katanya.

Tinggalkan komen anda