PM umum isu lanjutan moratorium, bantuan bank bersasar hari ini


shadow

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman berkenaan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar hari ini.

Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di televisyen pada pukul tiga petang nanti.

Perkara itu dinyatakan satu poster yang dimuat naik di laman Facebook rasminya tetapi tanpa butiran lanjut.

Bagaimanapun ia dipercayai berhubung moratorium pinjaman bank yang bakal berakhir September ini.

Pada 27 Julai lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bank dijangka mengalami kerugian pengubahsuaian sebanyak RM79 bilion sepanjang tempoh pelaksanaan moratorium selama enam bulan.

Ia di tengah-tengah gesaan sejumlah pihak agar moratorium itu dilanjutkan, antaranya secara bersasar.

Tinggalkan komen anda