RM7.82 bilion Subsidi Upah diluluskan setakat 20 Julai


shadow

Sebanyak RM7.82 bilion Subsidi Upah diluluskan setakat 20 Julai lalu, meningkat daripada RM7.79 bilion minggu lalu yang telah memanfaatkan lebih 2.55 juta pekerja.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata dalam tempoh berkenaan, jumlah bayaran yang dikeluarkan adalah sebanyak RM7.39 bilion berbanding RM6.82 bilion minggu lalu.

PERKESO juga sudah memuat naik nama majikan yang sudah menerima bantuan subsidi upah itu.

“Tindakan ini diambil berikutan aduan orang ramai bahawa terdapat segelintir majikan yang mengambil subsidi tetapi masih memberhentikan atau memotong gaji pekerja mereka.

“Untuk makluman orang ramai juga boleh melaporkan sebarang aduan kepada pihak PERKESO di e-mel [email protected] atau talian 1300 228 000 untuk tindakan

lanjut,” katanya dalam Laporan LAKSANA Ke-14 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi Geran Khas Prihatin (GKP) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro, jumlah keseluruhan GKP yang diluluskan adalah bernilai lebih kurang RM1.64

billion yang telah memanfaatkan 545,000 PKS Mikro.

Dari jumlah ini katanya, sebanyak RM1.47 billion telah dibayar, dan ini mencerminkan kadar pencapaian sebanyak

90 peratus.

“Bagi penerima yang berstatus gagal kredit dan telah mengemaskini nombor akaun bank, bayaran secara berperingkat telah dibuat mulai 2 Julai 2020,” katanya.

BagiDana Pinjaman Mudah PKS yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia Tengku Zafrul berkata, permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetujuterima oleh PKS adalah RM9.23 bilion (peningkatan daripada RM9.1 bilion minggu lalu) yang akan memanfaatkan 20,815 PKS.

“Jumlah ini termasuk dana Special Relief Facility, Automation & Digitalisation Facility, All-Economic Sector Facility dan Agrofood Facility.

“Skim Kredit Mikro BSN pula, setakat 20 Julai lalu, sebanyak 11,210 PKS diluluskan permohonan dan bernilai RM370.81 juta (peningkatan daripada RM344.4 juta minggu lalu),” katanya.

Tinggalkan komen anda