‘SME-Go Scheme’ Pembiayaan Tanpa Cagaran


shadow

Kerajaan menyedari bahawa pandemik Covid-19 telah memberi impak yang besar kepada ekonomi negara termasuk menjejaskan aliran tunai kontraktor bagi memulakan kerja.

Walaupun Kerajaan telah menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM58 bilion bagi tahun 2020 dan hampir RM4 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) namun untuk usahawan memulakan semula peniagaan mereka masih agak sukar.

Kerajaan dan SME Bank bersetuju memperkenalkan mekanisme baharu yang dikenali sebagai ‘SME-Go Scheme’.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, menerusi initiatif ini, bayaran pendahuluan kepada peniaga akan disalurkan terus kepada SME Bank sebagai memenuhi keperluan cagaran bagi mendapatkan pembiayaan.

Sementara itu, SME Bank akan menyediakan jaminan bank bagi memenuhi syarat Kerajaan untuk tujuan pembayaran pendahuluan kepada peniaga.

“Usahawan yang berkelayakan boleh mendapatkan pembiayaan tanpa perlu menyediakan cagaran seperti kebiasaan.

“SME-Go Scheme merupakan satu pembiayaan alternatif kepada usahawan untuk melaksanakan projek Kerajaan.

Makna kata, usahawan terlibat tidak wajib memilih pembiayaan melalui SME-Go Scheme.

Bagaimanapun katanya, usahawan yang dilantik oleh Kerajaan adalah layak untuk mendapatkan kemudahan wang pendahuluan sebanyak 25% daripada nilai kontrak atau maksimum RM100,000 dimana ia jauh lebih rendah.

Usahawan bagaimanapun perlu memenuhi syarat bayaran pendahuluan kepada peraturan perolehan yang berkuat kuasa.

“Antara syarat bayaran pendahuluan adalah kontraktor hendaklah menyediakan jaminan bank,” katanya lagi.

Justeru itu, jelas beliau, usahawan seharusnya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pembiayaan menerusi program SME-Go Scheme berkenaan.

Katanya, SME Bank akan terus membantu melonjakkan ekonomi negara menerusi pembiayaan kewangan kepada usahawan-usahawan di negara ini.

Tinggalkan komen anda