COVID-19: 11 kes baharu hari ini


shadow

Sebanyak 11 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, membabitkan enam penularan tempatan dan lima kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini mencecah 9,094 kes.

Beliau berkata, tiga daripada lima kes import itu membabitkan jangkitan dari Australia dan masing-masing satu kes dari Jepun serta Singapura.

“Sebanyak 19 pesakit pulih dilaporkan, dengan jumlah kumulatifnya ialah 8,803 kes (96.8 peratus),” katanya pada sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, tiada pertambahan kematian akibat COVID-19 dengan jumlahnya kekal 125 kes (1.37 peratus).

Tinggalkan komen anda