Guan Eng dedah tiga ‘penipuan besar’ kerajaan PN


shadow

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng, hari ini mendedahkan apa yang disifatkannya sebagi penipuan besar kerajaan Perikataan Nasional semasa Menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyenaraikan 101 kontrak kerajaan bernilai RM6.61 bilion yang diberikan oleh pentadbiran Pakatan Harapan melalui rundingan terus.

Katanya, penipuan pertama adalah bahawa projek rundingan terus PH bukannya 1.4 peratus atau RM6.61 bilion daripada keseluruhan perolehan kerajaan tetapi hanya 0.07 peratus atau RM352 juta.

“Kebanyakan projek rundingan terus bukan inisiatif daru daripada PH tetapi adalah projek yang diwarisi atau sambuingan dari zaman BN.

“Bezanya, PH telah meneruskan projek-projek ini dengan pemotongan kos yang menghasilkan penjimatan yang ketara.

“Apa yang mengejutkan rupa-rupanya, projek rundingan terus di bawah iniasiatif PH bukan RM6.61 bilion seperti yang diuar-uarkan tetapi sebenarnya RM352 juta. Baki RM6.258 bilion ialah projek diwarisi dan sambungan dari zaman BN yang terpaksa diteruskan PH,” katanya.

Lim berkata demikian pada sidang akhbar di luar Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kata lain, menurutnya, semasa pentadbiran selama 22 bulan PH, sebanyak 99.93 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan telah ditawarkan melalui kaedah tender dan bukannya rundingan terus.

Tinggalkan komen anda