MAHB tingkat penglibatan peruncit Bumiputera di lapangan terbang


shadow

Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) melancarkan insisiatif baru bagi membuka lebih banyak peluang peruncitan kepada usahawan Bumiputera dan membangunkan produk mereka di lapangan terbang.

Pengendali lapangan terbang itu akan berkongsi dengan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) bagi mempertingkat keusahawanan golongan Bumiputera di negara ini.

Ketua eksekutif kumpulan MAHB Shukrie Mohd Salleh berkata, syarikat itu kini bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 2006 bagi menyediakan antara 15 hingga 20 lot runcit kepada peruncit kecil Bumiputera.

Beliau berkata, ini akan menyediakan pasaran yang sukar diakses oleh peniaga ini kerana skala perniagaan mereka yang kecil.Ads by Streamlyn

“Penyertaan Bumiputera dari segi ruang runcit di lapangan antarbangsa kita adalah sebanyak 33%, iaitu lebih tinggi daripada penyertaan di pusat membeli belah di Lembah Klang.

“Dari segi bilangan premis runcit, terdapat 800 premis dalam keseluruhan rangkaian lapangan terbang Malaysia dan hampir 20% dimiliki peniaga Bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan.

Shukrie berkata, penyertaan Bumiputera juga merupakan sebahagian daripada indeks pencapaian utama (KPI) korporat MAHB, selain menambah ia juga akan memastikan 50% daripada perbelanjaan perolehan diperolehi oleh pengendali Bumiputera.

Ketua pegawai eksekutif PUNB Izwan Zainuddin menyifatkan perkongsian dengan MAHB sebagai langkah awal bagi memasarkan produk dan jenama Bumiputera di peringkat antarabangsa kerana KLIA merupakan hab untuk beberapa juta orang pengembara setiap tahun.

Beliau berkata, kerjasama itu juga akan mempertingkat standard aktiviti peruncitan di lapangan terbang dengan meletakkan jenama tempatan sebaris dengan jenama antarabangsa.

Shukrie merakamkan kegembiraan berikutan kerjasama dengan PUNB itu kerana kedua-dua pihak bertujuan mewujudkan persekitaran runcit Bumiputera yang berdaya tahan dan lestari selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 Putrajaya.

MAHB juga merancang untuk membangunkan keusahawanan Bumiputera usaha sama, francais dan konsesi induk antara syarikat terkenal dengan peniaga Bumiputera

Tinggalkan komen anda