Parti baharu tak ganggu UMNO


shadow

Parti baharu yang akan ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengganggu UMNO di Johor.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata beliau tidak boleh menyatakan sama ada Dr Mahathir berhak atau tidak kerana ia berkaitan dengan demokrasi tetapi penubuhannya ‘tak kacau parti saya’.

Bagaimanapun, katanya, pada masa ini semua pihak perlu mengutamakan soal masalah rakyat berbanding hal politik.

“Hari ini kita ada isu yang perlu disegerakan dan perlu meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

“Kalau kita terlalu sangat berpolitik hingga boleh membelakangkan kepentingan masyarakat, maka tidak perlulah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Khas DUN di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini, hari ini.

Kelmarin, Mantan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu mengumumkan penubuhan sebuah parti baharu yang mana beliau akan menjadi pengerusi manakala Datuk Seri Muhkriz Mahathir sebagai Presiden.

Bagaimanapun, Dr Mhaathir berkata parti baharu itu tidak akan terikat dengan mana-mana gabungan sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, pada program berkenaan, Hasni berkata, pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Khas DUN membabitkan 27 kawasan itu mengambil kira pengalaman dalam memikul tanggungjawab termasuk hubungan baik dengan masyarakat.

Katanya, pelantikan itu terdiri daripada mantan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bekas Ahli Parlimen.

Tinggalkan komen anda