Pharmaniaga Akhirnya Umum Vaksin COVID-19 Di Malaysia Dijangka Tersedia Pada..


shadow

Selepas pengumuman vaksin COVID-19 oleh negara Rusia, ramai yang masih tertanya-tanya apakah Malaysia juga akan menerima vaksin tersebut.

Namun, terbaru Pharmaniaga Bhd menjangkakan vaksin COVID-19 yang sedang menjalani ujian klinikal di negara-negara seperti India dan China akan berada di Malaysia pada suku pertama atau kedua 2021.

Menurut Pemangku Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman, kebanyakan pembuat vaksin telah mengumumkan untuk mengeluarkan vaksin itu menjelang akhir 2020. 

“Justeru, saya berpendapat mereka akan menyediakan untuk peringkat tempatan terlebih dahulu sebelum menawarkannya ke negara-negara lain.

“Jadi, apabila Malaysia menerima vaksin itu, kilang kami bersedia untuk membotolkannya dengan segera,” katanya.

Mohamed Iqbal yang juga Ketua Pegawai Operasi syarikat berkata, vaksin itu akan memasuki pasaran selepas menerima kelulusan kerajaan dan memenuhi syarat undang-undang di bawah Agensi Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (NPRA).

“Syarikat akan menyuntik RM2 juta untuk menggunakan semula kilang suntikan volum kecil (SVI) yang sedia ada di Puchong untuk menjalankan proses pembangunan pembotolan untuk vaksin COVID-19.

“Selepas selesai proses ini, kami akan kembali menjalankan kerja-kerja yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Diifahamkan, Pharmaniaga mempunyai tujuh kilang di enam lokasi di Malaysia dan sebuah kilang di Bandung, Indonesia. 

Bagaimanapun, hanya satu daripada kilang itu iaitu Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Puchong yang mempunyai peralatan mencukupi untuk membangunkan vaksin COVID-19.

Sumber: Bernama, Berita Harian

Tinggalkan komen anda