RON95 dan RON97 naik 3 sen, diesel turun 2 sen


shadow

Kedua-dua harga petrol RON95 dan RON97 naik 2 sen berkuatkuasa hari ini sehingga 28 Ogos depan.

Harga runcit petrol RON95 ditetapkan pada kadar RM1.71 seliter untuk tempoh itu, berbanding RM1.68 seliter sebelumnya.

Harga runcit petrol RON97 pula RM2.01 seliter, berbanding harga sebelumnya iaitu RM1.98 seliter.

Bagi diesel pula, harga runcit yang baru ditetapkan adalah RM1.80 sen seliter, turun dua sen berbanding harga sebelumnya.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan hari ini.

Harga minyak di negara ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menerusi formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Tinggalkan komen anda