Arab Saudi benarkan ibadat umrah mulai 4 Oktober ini


shadow

Arab Saudi secara berperingkat membenarkan kembali jemaah menunaikan haji umrah untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kata Kementerian Dalam Negerinya, semalam.

Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan Saudi Press Agency, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan.

Menurut kenyataan sama, jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan ibadat itu, mulai 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.

Umrah merujuk kepada ziarah umat Islam ke Makkah dapat dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun yang menarik berjuta-juta Muslim dari seluruh dunia setiap tahun.

Kata kementerian itu lagi, ibadat itu dibenarkan dilaksanakan semula sepenuhnya selepas ancaman wabak itu sepenuhnya pulih.

Sejak Mac lalu, Arab Saudi menangguhkan umrah dan mengehadkan kapasiti haji tahunan akibat bimbang penularan COVID-19 ke kota-kota sucinya.

Ziarah itu a menimbulkan tumpuan logistik besar-besaran berikutan jemaah yang ramai di tempat suci terhad menjadikan jemaahnya berhadapan dengan penularan jangkitan.

Katanya, langkah membenarkan semula umrah adalah sebagai tindak balas kepada ‘aspirasi umat Islam di dalam dan luar negeri’ untuk melakukan ibadat terbabit serta menziarahi kota sucinya.

Penjaga kota suci Makkah dan Madinah dilihat sebagai sumber legitimasi politik kerajaan paling kuat negara itu.

Saban tahun kota suci mencatatkan jutaan umat sekali gus menyumbangkan pendapatan utama negara itu.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengatur pembaharuan rancangan ekonomi 2030 negara pengeluar minyak terkemuka dunia, daripada ketergantungan terus terhadap pengeluaran minyak kepada sumber pendapatan lain, termasuk ziarah keagamaan.

Kerajaan itu berusaha membuka kembali kira-kira 30 juta jemaah haji ke negaranya setiap tahun pada bermula 2030. – AFP

Tinggalkan komen anda