Calon Pitas positif Covid-19


shadow

CALON Barisan Nasional Sufian Abdul Karim menjadi calon pertama dalam pilihan raya negeri Sabah yang disahkan positif Covid-19.

Beliau mengumumkan keputusan ujian saringannya melalui Facebook dengan menggesa kontak rapat beliau segera membuat ujian saringan.

“Saya, Sufian Abd. Karim, calon BN bagi N.03 DUN Pitas baru saja mendapat keputusan saringan Covid-19 dan telah disahkan positif Covid-19.

“Doakan semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan diberi kesembuhan yang segera,” katanya.

Sufian memohon semua yang pernah bersamanya mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya dengan membuat ujian saringan.

Beliau turut memohon maaf kepada semua pengundi, para petugas, jentera PRN Sabah, rakan-rakan dan saudara-mara yang telah membantunya sepanjang tempoh berkempen.

“Maaf atas segala kesulitan. Semoga ia tidak mematahkan semangat kita dalam perjuangan ini,” katanya.

Pitas merupakan dewan undangan untuk kawasan Kudat yang setakat ini telah melaporkan empat kes positif Covid-19.

Kini Sabah menjadi tempat hangat penyebaran pandemik dengan lebih 700 kes aktif dalam lapan kluster.

Pilihan raya negeri masih sedang berjalan dan akan tamat jam 5.30 petang ini.

Tinggalkan komen anda