Jumlah kes aktif Covid-19 terus meningkat


shadow

JUMLAH kes aktif Covid-19 terus meningkat dengan 615 pesakit dirawat di hospital, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. 

Ia merupakan jumlah kes aktif tertinggi sejak tiga bulan lalu. Pada 16 Jun, 651 pesakit Covid-19 dimasukkan ke wad dalam peringkat jangkitan Covid-19 yang berbeza.

Malaysia melaporkan 31 kes baharu sejak 24 jam lalu menjadikan jumlah kes jangkitan seluruh negara 9,946. 

Hanya tiga kes daripada kes baharu ini adalah kes import manakala 28 adalah penularan tempatan. 

Sabah mencatatkan 25 kes baharu, 17 daripadanya adalah dari kluster Benteng Lahad Datu. 

Sementara itu, Kedah yang merekodkan kes baharu berterusan sejak beberapa hari lalu hanya mencatatkan satu kes jangkitan iaitu dari kluster Sungai yang dikesan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Dalam pada itu, kluster Bunga di Port Dickson, Negeri Sembilan yang melibatkan kru kapal, melaporkan empat kes baharu. 

19 daripada 28 kes penularan tempatan membabitkan warganegara manakala sembilan lagi adalah warga asing. 

Tujuh pesakit didiscaj daripada hospital dalam tempoh 24 jam selepas pulih dari wabak itu. 

Jumlah itu menjadikan kes pulih kini 9,203. 

Jumlah kes kematian pula kekal 128 yang mana tiada kematian direkodkan. 

11 pesakit kini menerima rawatan di unit rawatan rapi, lima daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tinggalkan komen anda