Mahkamah tolak permohonan Anwar ketepi saman peguam


shadow

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan untuk mengetepikan saman seorang peguam berhubung pengampunan diraja untuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan untuk menolak permohonan dibuat Anwar itu dalam prosiding terbuka pagi ini

Untuk rekod saman tersebut dikemukakan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz pada 26 Feb lalu bagi mencabar nasihat Lembaga Pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan kes liwat Anwar. 

Ekoran itu Anwar -melalui peguamnya – mengemukakan permohonan untuk mengetepikan permohonan Khairul Azam pada 2 Jun lalu.

Tinggalkan komen anda