SPRM Perak tahan pengerusi persatuan OKU


shadow

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengerusi sebuah persatuan orang kurang upaya di Perak bagi membantu siasatan penyelewengan dana lebih RM500,000.

Pengarah SPRM Perak Mohd Fauzi Mohamad berkata lelaki berumur 61 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di Meru, pada 3 September lalu. 

“Kami terima laporan lelaki itu memindahkan wang lebih RM500,000 dari akaun persatuan ke akaun peribadi miliknya,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. 

Mohd Fauzi berkata lelaki itu akan dibebaskan esok dengan jaminan namun siasatan akan tetap diteruskan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa. 

Difahamkan, lelaki itu merupakan timbalan ketua Umno Bahagian di negeri ini. – Bernama

Tinggalkan komen anda