1,240 kes baru


shadow

Kes jangkitan Covid-19 mencatatkan kes harian tertinggi sejak permulaan wabak itu di negara ini dengan sebanyak 1,240 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Sabah terus merekodkan angka tertinggi dengan 927 kes, dikuti Selangor 176 kes, Pulau Pinang (61 kes), Negeri Sembilan (25 kes), Kuala Lumpur (17 kes), Perak (8 kes), Sarawak (7 kes), Labuan (5 kes) dan Johor (4 kes).

Kedah dan Terengganu masing-masing mencatatkan tiga kes manakala Melaka pula mempunyai dua kes.

Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 9,744 kes, manakala jumlah keseluruhan sebanyak 27,805 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini turut memaklumkan seramai 691 pesakit telah sembuh sepenuhnya.

“KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini.

“Ia adalah kluster Kapor di Sabah, kluster Hampar di Negeri Sembilan dan Penjara Tapah di Perak,” katanya.

Dia turut memaklumkan bahawa seramai 94 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19.

“ Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 236 ke atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya sambil menambah bahawa semua mangsa adalah dari Sabah.

Berikut status terkini Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh = 691

Jumlah kes sembuh =17,825 kes

Kes baharu positif = 1,240

(kes import = 2, kes tempatan = 1,238)

Jumlah positif = 27,805 kes

Kes kematian = 7

Jumlah kes kematian = 236 kes

Kes dirawat di ICU = 94 kes

Bantuan alat pernafasan = 31 kes

Tinggalkan komen anda