COVID-19: 871 kes baharu, sekali lagi catat angka tertinggi


shadow

Penularan COVID-19 di Malaysia sekali lagi merekodkan angka jangkitan baharu tertinggi apabila 871 kes dilaporkan, hari ini.

Ia adalah kali keenam angka kes harian tertinggi dicatatkan dalam tempoh 17 hari sejak 2 Oktober lalu.https://tpc.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak berkenaan kini mencecah 20,498 dengan 7,049 kes aktif.

Katanya, kes baharu terbabit meliputi 866 penularan tempatan dan lima lagi kes import membabitkan dua dari India, Nepal (dua) dan Singapura (satu).

Selain itu, beliau memaklumkan, dua kes baharu membabitkan individu pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah jangkitan dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri terbabit ialah 443 sejak 20 September lalu.

“Secara keseluruhan, sebanyak 97 kes (11.1 peratus) dilaporkan hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Perai serta Kluster Penjara Kepayan, yang terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

“Negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah jangkitan baharu itu, manakala Sabah terus mencatatkan bilangan tertinggi membabitkan 702 kes (80.6 peratus).

“Ini berikutan lebih ramai individu disaring di lapangan. Sejak pandemik bermula, sejumlah 251,030 individu disaring di Sabah,” katanya pada sidang media COVID-19, hari ini.-BH

Tinggalkan komen anda