Kakitangan TH positif Covid-19


shadow

Seorang kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) di Ibu Pejabat Menara TH Jalan Tun Razak telah disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Kakitangan tersebut telah menjalani saringan Covid-19 pada 19 Oktober dan didapati
positif pada hari ini.

Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anggota yang dikenal pasti kontak rapat dengan pegawai yang dijangkiti Covid-19 telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan serta menjalani kuarantin selama 14 hari.

Berdasarkan nasihat KKM, TH akan melaksanakan sanitasi di kawasan kerja yang terlibat dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi meminimumkan potensi jangkitan
kepada warga kerja yang lain dan juga para pendeposit yang berurusan di kaunter TH.

TH sentiasa mengutamakan keselamatan warga kerja dan para pendepositnya, katanya.

Organisasi itu menasihati orang awam khususnya para pendeposit yang berurusan di semua pejabat dan cawangannya untuk sentiasa mematuhi semua garis panduan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan di semua pintu masuk dan kaunter TH.

TH akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa khususnya KKM bagi mengekang penularan wabak ini dan memastikan keselamatan warga kerja dan para pelawat bangunan pejabat TH. – MalaysiaGazette

Tinggalkan komen anda