Ku Li selesai menghadap Agong


shadow

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah petang ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li dilihat meninggalkan istana pada 2.42 petang.

Ku Li menyusul Anwar Ibrahim yang menghadap Agong selama sejam pagi tadi.https://db5429406cf262e1672692c86ee4af74.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Anwar pada sidang media petang ini berkata, Sultan Abdullah akan menemui beberapa pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen untuk membuktikan sokongan ahli Parlimen kepada Agong.

Presiden PKR itu berkata, beliau mendapat sokongan lebih 120 ahli Parlimen dan dokumen sahih yang diserahkannya kepada Agong hari ini terdiri daripada akuan bersumpah dan pengesahan ketua parti.-FMT

Tinggalkan komen anda