Polis siasat kelab golf ingkar arahan tutup


shadow

Polis sedang menyiasat Tropicana Golf and Country Resort kerana didakwa tidak mematuhi perintah penutupan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini selepas polis mendapati kelab golf berkenaan masih beroperasi semalam.

“Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan untuk menutup kelab golf tersebut pada Sabtu (10 Okt).

“Pegawai Kementerian Kesihatan membuat laporan pada hari Ahad di balai polis Damansara bahawa ia masih beroperasi dan sepasukan anggota polis yang dihantar ke sana mengesahkan perkara itu,” kata ketua polis daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal.

Perintah penutupan dikeluarkan untuk memudahkan penjejakan kontak dan kerja-kerja pembersihan setelah pekerja di kelab golf berkenaan disahkan positif Covid-19.

Nik Ezanee berkata, seramai 23 pekerja diuji positif wabak tersebut dan Kementerian Kesihatan akan melakukan saringan secara besar-besaran esok.

Sementara itu, ditanya mengenai apakah perintah kawapan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Petaling Jaya, Nik Ezanee berkata pihak polis akan membuat penilaian terlebih dahulu.

“Buat masa ini semua orang di Petaling Jaya harus mengurangkan pergerakan mereka.

“Setelah selesai bekerja, pulang ke rumah. Cuba tangguh perjumpaan dan majlis buat sementara waktu,” katanya.-Mkini

Tinggalkan komen anda