Polis tahan remaja lelaki selepas video tak senonoh tular


shadow

Polis Kampar menahan seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Kampar berikutan penularan sebuah kilp video yang menunjukkan kelakukan tidak senonoh, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Hasron Nazri Hashim berkata pelajar berumur 17 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.30 malam tadi susulan laporan polis yang diterima kira-kira pukul 7 malam.

“Laporan diterima berkaitan satu klip video memaparkan perlakuan tidak senonoh seorang pelajar perempuan dengan seorang pelajar lelaki yang merupakan teman lelakinya.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 Sept lalu kira-kira pukul 6.30 pagi di sebuah rumah dan rakaman tersebut dipercayai dibuat oleh kedua-dua pelajar itu tanpa melibatkan orang ketiga,” katanya dalam satu kenyataan di Kampar, hari ini.

Menurut Hasron Nazri hasil siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan yang berumur 13 tahun itu telah berkongsi rakaman klip video dengan beberapa rakan sekelas melalui aplikasi WhatsApp sebelum ia ditularkan di media sosial.

Beliau berkata remaja lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 serta Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak memiliki, menyebar atau berkongsi klip video itu kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 8 AKKSTKK 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan tidak kurang tiga kali sebatan,” katanya.

– Bernama

Tinggalkan komen anda