957 kes, 97 ICU, 972 sembuh


shadow

Sebanyak 957 kes baru dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,036 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 957 kes baru pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan Covid-19 dalam negara,” katanya pada suatu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, terdapat 97 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 972 kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 22,220 kes (68.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya lagi.-Mkini

Tinggalkan komen anda