Gagal Bertahan Angkara COVID-19, Robinsons Dijangka Tutup Operasi Di Malaysia


shadow

Sejak COVID-19 melanda, dapat dilihat pelbagai industri bisnes turut menerima kesannya selepas beberapa bulan pandemik ini berlangsung. Bermula daripada bisnes pelancongan sehinggalah kepada pawagam masing-masing terkesan dengan penularan wabak ini.

Terbaharu Robinsons selaku gedung yang menawarkan seleksi barangan termasuk pakaian,kosmetik dan minyak wangi nampaknya memilih untuk menutup operasi mereka berikutan sambutan yang tidak menggalakkan sejak pandemik tiba.

image-948×632

Difahamkan dua lokasi yang bakal ditutup terdiri daripada Robinsons di The Gardens Mall dan The Shoppes, Four Seasons Place. Difahamkan butik mereka di Singapura juga terpaksa melalui proses yang sama akibat kekurangan pengunjung.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, trend orang ramai yang mulai beralih untuk shopping secara atas talian berbanding mendapatkannya di kedai fizikal antara yang memberi kesan besar kepada Robinsons.robinsons

SUMBER: THE EDGE SINGAPURA

Menerusi pengumuman yang dibuat, dua cawangan Robinsons di Malaysia dijangka bakal menjalankan promosi besar-besaran dalam usaha untuk menghabiskan stok mereka sebelum ditutup secara rasmi.-The Vocket

Tinggalkan komen anda