Kakitangan sektor awam seluruh negara dibenar kerja dari rumah


shadow

Kakitangan sektor awam di seluruh negara dibenarkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesukaran ibu bapa untuk menjaga anak-anak apabila kerajaan mengarahkan semua sekolah dan pusat jagaan ditutup hingga akhir tahun susulan pelaksanaan PKPB.

“Selepas mendengar pembentangan wakil JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), mesyuarat hari ini bersetuju memberi kebenaran bekerja dari rumah bagi sektor awam dan sektor industri di negeri dikenakan PKPB dan PKPP.

“Seperti pekeliling diedarkan sebelum ini bagi sektor awam jumlah kehadiran adalah maksimum 30%, yang akan ditentukan ketua jabatan masing-masing. Pihak JPA juga akan mengeluarkan surat pekeliling berkaitan hal ini kepada semua negeri terlibat,” katanya

Beliau berkata, bagi sektor industri maklumat lanjut akan diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam masa tersekat.

“Bagaimanapun, arahan kerja dari rumah ini tidak melibatkan sektor tidak formal seperti peruncitan, restoran, perladangan, pertanian, perikanan dan lain-lain,” katanya.-FMT

Tinggalkan komen anda