Kementerian berpuas hati dengan pematuhan norma baru di kuil


shadow

Semua kuil yang menjalankan upacara berkaitan Deepavali semalam yang dipantau oleh Kementerian Perpaduan telah mematuhi garis panduan untuk mencegah penyebaran Covid-19.

Dalam satu kenyataan malam tadi, kementerian itu mengatakan garis panduan termasuk menerhadkan kapasiti kuil kepada 30 orang pada satu-satu masa dipatuhi.

Garis panduan itu juga menetapkan bahawa hanya lima sesi upacara yang akan berlangsung antara pukul 7 pagi hingga tengah hari.

“Telah diperhatikan bahawa kuil-kuil menayangkan poster garis panduan dan norma baru ketika menyiapkan QR Code dan peralatan untuk pemeriksaan suhu,” kata kementerian itu.

Deepavali adalah acara keagamaan kedua terbesar yang diadakan di negara ini sejak Aidilfitri pada bulan Mei.-Mkini

Tinggalkan komen anda