Maszlee ahli Parlimen bebas mesra PH, mahu tumpu pada pendidikan


shadow

Bekas pemimpin PPBM, Maszlee Malik, kekal sebagai ahli Parlimen bebas tetapi akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan berkenaan hal pendidikan.

“Saya mempunyai sejumlah orang yang kukuh dan meyakinkan yang mahu menyumbang kepada pendidikan,” kata bekas menteri pendidikan itu.

“Saya bimbang masa depan anak-anak kita sekiranya kita tidak mengambil langkah untuk selematkan pendidikan sekarang.

“Jadi, saya masih wakil rakyat bebas, tetapi di Parlimen, saya bersama pembangkang dan kita bekerjasama rapat dengan PH,” kata ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

Terdapat spekulasi Maszlee akan menyertai PKR selepas keluar parti yang ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad, Pejuang, pada 2 Nov.

Seorang pembantu kepada bekas perdana menteri itu mendakwa Maszlee dikatakan menandatangani suatu akuan berkanun menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Saya rasa orang sudah muak dengan semua permainan politik,” kata Maszlee kepada FMT, ketika ditanya tentang akuan berkanun itu. “Sekarang ini, saya hanya mahu tumpu pada pendidikan.”https://afd50186a3f6309e37783d6f146c5320.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Bercakap mengenai NGO baharunya, Untuk Malaysia, ia mahu menjadi platform yang menemukan pemegang taruh untuk menyelesaikan masalah pendidikan yang paling mendesak.

Antara masalahnya termasuk ketidaksamaan pendapatan, tahap motivasi pelajar selepas beberapa bulan tidak ke sekolah kerana Covid-19, dan naik taraf prasarana.

Maszlee, selaku penasihat NGO itu, berkata Untuk Malaysia mendapat sokongan pakar pendidikan, pertubuhan sivil, dan sektor swasta.

“Kami juga merancang untuk berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk lihat bagaimana kita boleh bekerjasama,” katanya.

Tinggalkan komen anda