Pegawai khas Ras Adiba disahkan positif Covid-19


shadow

Seorang pegawai khas kepada Ahli Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Ras Adiba apabila memberitahu, pegawai khasnya yang merupakan adik beliau, Ras Afiona, disahkan positif virus itu selepas melakukan ujian saringan baru-baru ini.

Katanya, adik beliau kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Untuk makluman semua, saya dan seramai 10 orang ahli keluarga saya sedang menunggu keputusan saringan Covid-19.

“Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang telah menimpa saya keluarga,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau redha dengan apa juga dugaan dan cabaran yang mendatang serta berdoa agar semua pihak dilindungi daripada wabak pandemik yang sedang melanda negara ketika ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan komen anda