Pekerja warga asing wajib jalani ujian saringan Covid-19


shadow

Semua pekerja warga asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan termasuk Labuan, dan Sabah, diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran bagi pekerja yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan ditanggung agensi berkenaan bersama majikan.

“Bagi pekerja asing yang tidak mencarum PERKESO, kos ujian saringan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan,” katanya katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurut Ismail Sabri, setakat 31 Oktober 2020, terdapat seramai 1,615,834 pekerja warga asing aktif di negara ini berada di kawasan perindustrian dengan jumlah yang ramai.

Jelasnya, arahan mewajibkan ujian saringan itu adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka.

Tambahnya, pelaksanaan ujian saringan kesihatan ke atas semua pekerja warga asing ini adalah berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan di mana risiko jangkitan kepada pekerja  asing adalah lebih tinggi berbanding risiko jangkitan dalam kalangan pekerja tempatan. -SM

Tinggalkan komen anda