Perhimpunan agung Bersatu Sabtu ini guna sidang video


shadow

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memutuskan perhimpunan agung tahunan parti itu tahun ini akan dilaksanakan buat pertama kalinya melalui sidang video pada Sabtu.

Setiausaha Agungnya Hamzah Zainuddin berkata persidangan dalam talian tersebut akan disertai para perwakilan dari seluruh negara di 14 lokasi.

Sementara itu, menurut Hamzah mesyuarat MPT semalam juga memutuskan untuk mengangkat cadangan meminda perlembagaan parti bagi penubuhan sayap baru untuk ahli bersekutu, ke persidangan agung tahunan.

“Perhimpunan agung tahunan kali ini juga akan membincangkan hala tuju dan dasar parti dalam aspek ekonomi, politik serta kesejahteraan rakyat,” katanya.-SuaraMerdeka

Tinggalkan komen anda