Speaker naik angin, panggil polis arah Lip Eng keluar


shadow

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun tiba-tiba naik angin dengan sikap kurang ajar Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang menggelar peraturan yang dibuat oleh timbalannya, Datuk Seri Azalina Othman Said adalah bodoh.

Azhar yang tidak dapat mengawal perasaan itu bercakap dalam nada tinggi dan keras dengan menyuruh Ahli Parlimen DAP itu keluar dewan dengan segera.

Melihat Lip Eng yang masih berdegil, beliau mengeluarkan arahan lagi untuk memanggil polis bagi membawa keluar ahli parlimen itu.

Kejadian berlaku ketika Azhar sedang menjelaskan mengenai peraturan kepada Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan yang mendesak Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) memohon maaf berkaitan isu  ‘DG takut mati’ ketika King Sing membangkitkan isu Ketua Pengarah Kesihatan tidak turun ke Sabah ketika pendemik COVID-19 melanda semalam.

“Sebenarnya saya telah membaca handsard pagi tadi tentang apa berlaku semasa perkara tersebut, saya berpendapat retorika perbahasan itu perlu dikawal kerana perkataan diguna agak kasar bagi saya.

“Saya sudah perhalusi handsard dan dapati Timbalan Spekaer sudah buat peraturan dan menurut Peraturan 143, ia sudah  muktamad dan saya tidak ada kuasa hendak revisit (lihat semula),” katanya.

“Tapi itu ruling yang bodoh.” kata Lip Eng yang mencelah tiba-tiba.

“Boleh saya bercakap tak? Bagaimana kamu boleh cakap Speaker bodoh? soal Azhar.

“Jangan bersekongkol dengan Bintulu,” jawab Lip Eng.

Azhar menyuruh Lip Eng duduk beberapa kali dan mengetuk mejanya sebanyak tiga kali.

“Kamu keluar?,” sejurus selepas itu dan Ahli Parlimen DAP itu menjawab Speaker yang patut keluar.

“Kamu keluar dua hari sekarang, kamu sudah lebih,” kata Azhar.

“Siapa yang lebih,” balas Lip Eng.

“Kamu diam sekarang dan keluar. Saya panggil polis.

“Saya gantung lagi lima hari semuanya. Setiausaha Dewan tolong panggil polis,” kata Azhar sambil kelihatan Bentara Dewan menghampiri Lip Eng untuk membawanya keluar dari dewan.

Azhar menjelaskan kepada Guan Eng sekali lagi, beliau sudah memperhalusi handsard bahawa timbalan speaker sudah membuat peraturan bukan sekali tetapi beberapa kali.

“Walapun Timbalan Speaker, kuasa beliau macam Speaker kerana beliau yang mempengerusi dewan semalam. Saya tidak tak boleh overruled (mengatasi) , tak bagus dan tidak baik. Kalau hendak bahas semula peraturan itu, perlu ada usul persendirian,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan komen anda