Kata Enggan Sentuh Pelakon Wanita, Fikry Ibrahim Mungkir Janji?


shadow

Dalam ramai-ramai pelakon lelaki, Fikry Ibrahim antara yang dikagumi dan dipuji ramai dengan prinsipnya yang tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama yang dibintanginya.

Bagaimanapun, ramai peminatnya meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya menerusi drama terbarunya yang kini sedang ditayangkan di televisyen.

Menerusi drama tersebut, ada beberapa babak memaparkan Fikry bersentuhan dengan Tasha Shila yang memegang watak sebagai tunagnya di dalam drama tersebut.

Susulan itu, ada peminatnya menimbulkan prinsip Fikry sebelum ini yang dikatakan pernah berjanji tidak akan bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita.

Bagaimanapun ada yang berpendapat bukan mudah untuk menjaga batas apabila bergelar artis lebih-lebih lagi sebagai pelakon.  Ada yang mengatakan mungkin Fikry sekadar memenuhi permintaan pengarah.

Tidak kurang juga ada yang mempertahankan pelakon itu dengan mengatakan bahawa artis juga manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Tinggalkan komen anda