‘Rider’ GrabFood pening nak hantar makanan sebab tuan rumah pemalu!


shadow

Menjadi penghantar makanan dengan bekerja di syarikat prkhidmatan penghantaran makanan sudah tentu mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Risiko semasa dijalan raya sememangnya antara salah satu cabaran yang dihadapi oleh para riders. Namun begitu, ada juga dugaan-dugaan lain yang perlu diselesaikan walaupun kadang-kala terlihat agak melucukan.

Tinggal makanan depan pintu

Menerusi perkongsian daripada seorang riders GrabFood di Twitter, dia sepatutnya menghantar makanan ke sebuah rumah. Namun begitu, sesampainya di hadapan pintu rumah tersebut, dia mendapati tuan rumah tidak membuka pintu dan hanya meninggalkan nota sahaja.

Video Player00:0000:07

Kami keluarga pemalu

Situasi tersebut terlihat melucukan kerana alasan tuan rumah tidak mahu membuka pintu adalah kerana mereka merupakan keluarga yang sangat pemalu.

Waulaupun keadaan tersebut agak pelik, namun penghantar makanan tersebut tetap melakukan tugasnya dengan amanah dan meninggalkan makanan tersebut di hadapan pintu.

Keluarga ni pemalu sangat agaknya

Perkongsian yang dibuat itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka telah meninggalkan komen yang pelbagai berdasarkan video yang dimuat naik.

Sebahagian daripada mereka turut sama berseloroh mengenai nasib yang menimpa riderGrabFood itu dan ada juga yang membuat andaian berkemungkinan keluarga tersebut sememangnya mempunyai masalah introvert.

Golongan introvert kot

Mungkin ada apa2 yang berlaku?

Sumber : nasheerahhh

Tinggalkan komen anda